Sunday, August 31, 2008

ramadhan kareem

Novel




trilogi yang mendekatkan hamba berfikir kepada Tuhannya

Ramadhan dan Badar 313


313 lawan 1000
Tentera Talut lawan Tentera Jalut

Saturday, August 30, 2008

Malaysia sudah 51


Menjelang detik 12 malam Malaysia sudah 51....
Tapi kita masih lagi dalam belenggu ketidak kemerdekaan.....
Bangga dengan gaya yang tak keruan...
Miskin dari sudut jati diri....

Moga pasca 50 tahun kemerdekaan ini menjamin kemerdekaan minda ....

Moga kita mengecapi kemerdekaan JIWA... sepertimana
Jaafar bin Abu Bakar yang tegas menyatakan
Kami merupakan bangsa yang tidak menyembah manusia dan tujuan kami adalah untuk membebaskan penghambaan manusia kepada penghambaan Allah...




Apa kaitan kemerdekaan dengan THE LAST SAMURAI.Bagi saya, bukan sekadar film yang ditayangkan di TV 3.Namun ia menonjolkan kemerdekaan jiwa golongan Samurai. Kekentalan jiwa yang mengimpikan mati secara bermaruah. Keutuhan dan keteguhan jatidiri itu mengingatkan saya ungkapan "HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID".

Agaknya,, itulah sebab Tun Mahathir buat dasar pandang ke Timur.

Namun hari ini pemuda dan pemudi belum mempunyai jiwa seutuh itu. Semangat Samurai adalah jati diri bangsa Jepun yang taat dan tekun. Memastikan kesempurnaan dalam setiap langkah.

Antara babak yang menyentuh:

  1. Taka bagitau pada Algren yang hidup Samurai adalah taat kepada Maharaja.
  2. Kosobo tanya pada Algren sampai bila harus berjuang, Algren jawab sampai ke titisan darah terakhir.
Dua babak yang sangat tersentuh. Namun, banyak lagi yang menyebabkan air mata tumpah.

Moga darah Hang Tuah dan Hang Jebat juga akan mengalirkan dalam anak Melayu Islam.

Radioterapi

Radioterapi adalah satu cara untuk merawat barah. Ia menggunakan radiasi seperti X-ray, sinaran gamma atau elektron, untuk mengubati atau mengawal barah. Perkataan tersebut terdiri daripada “radio” bermaksud sinaran dan “terapi” bermaksud rawatan.

Radioterapi boleh digunakan kerana radiasi menghentikan barah daripada membesar dan sel barah daripada membahagi. Ia diarahkan kepada sel barah dengan dua cara- radiasi dalaman dan radiasi luaran.

Radiasi luaran bermakna radioterapi diberi secara luar badan daripada sebuah mesin yang mengarahkan sinaran radiasi kepada tumbuh barah. Ia adalah seperti mengambil X-ray tetapi dosnya jauh lebih tinggi daripada xray untuk diagnosa. Terdapat beberapa jenis mesin radioterapi yang berbeza. Ini termasuk pemancut linear dan mesin kobalt.

Radiasi dalaman bermakna radioterapi diberi dengan meletak sebuah bekas radioaktif, dawai radioaktif yang halus atau jarum yang diletak dalam badan dekat dengan atau di tempat barah wujud. Ini dipanggil sebagai implan radioaktif. Implan tersebut mengandungi bahan radioaktif seperti yttrium, iridium atau caesium. Implan tersebut mengarahkan sinaran radiasi kepada barah tersebut.

Radiasi luaran daripada mesin biasa digunakan untuk rawatan radioterapi. Pakar Terapi Radiasi ataupun Pakar Onkologi akan menggunakan radiasi dalaman jika sel barah berada dekat dengan permukaan badan atau tempat yang senang untuk dimasuki. Mereka boleh menggunakan implan untuk barah payudara, barah serviks, dan barah lidah. Jika radiasi dalaman digunakan, biasanya radiasi luaran pun akan digunakan juga. Walau bagaimanapun, pada hari ini, semakin banyak rawatan radiasi yang bersasaran diberi dengan wujudnya radiologi intervensi yang telah menjadi satu sumbangan besar kepada rawatan radiasi.

Siapa yang sepatutnya dapat rawatan radioterapi dan jenis apa radioterapi sepatutnya digunakan?


Jenis rawatan yang digunakan bergantung kepada jenis barah yang dihidapi, tempat barah wujud dan saiz tumbuhan tersebut. Rawatan perlu dikhaskan mengikut setiap individu. Pakar Radioterapi/Pakar Onkologi hanya akan menggunakan rawatan radioterapi jika rawatan tersebut membawa lebih kebaikan daripada keburukan.

Malangnya, sinaran radiasi tidak boleh membezakan sel barah daripada sel manusia yang biasa. Walau bagaimanapun, sel barah tidak boleh menahan kesan radiasi dan akan mati. Sel manusia yang biasa akan pulih semula dan kesan tetap tidak akan dialami. Di sebab sel barah membesar lebih cepat berbanding dengan sel biasa, ia akan lebih terjejas dengan radiasi. Sel biasa juga akan terjejas dan mungkin menyebabkan kesan sampingan pada badan manusia.

Apakah kesan sampingan radioterapi?


Sesetengah tidak mempunyai kesan sampingan tetapi ada juga sesetengah yang memberi kesan sampingan. Ia bergantung kepada bahagian badan yang dirawat dan dos radioterapi yang diberikan. Kebanyakan orang akan berasa keletihan sepanjang rawatan mereka. Kesan sampingan yang lain akan dihidapi bergantung pada bahagian badan yang dirawat seperti:

  • Berasa tidak sihat – hanya apabila abdomen/pelvis dirawat

  • Kulit yang merah dan gatal

  • Mulut atau kerongkong yang sakit/kering

  • Telinga yang tersumbat

  • Kehilangan rambut - hanya apabila bahagian kepala dirawat

  • Mengalami kesusahan menelan makanan

  • Sakit perut atau cirit birit

  • Pundi kencing yang lemah

  • Masalah seksual atau kesuburan

Kebanyakan kesan sampingan adalah sementara sahaja. Kesan sampingan tersebut akan hilang selepas rawatan dihentikan. Walau bagaimanapun, ada juga kesan yang tetap. Radioterapi boleh mengubati sesetengah jenis barah seperti barah peti suara yang awal, kawasan hidung dan serviks (bahagian bawah uterus). Kadang-kala ia dilakukan bersama pembedahan atau kemoterapi. Dalam kes lain, radioterapi boleh bantu mengawal barah dengan menghentikan tumbesarannya atau dengan mengecilkannya. Ini boleh memanjangkan hidup seseorang yang menghidapi barah atau mengurangkan masalah yang disebabkan oleh barah atau kedua-duanya.

Radioterapi tidak menyakitkan. Untuk implan, ubat bius akan diberikan kepada pesakit supaya pesakit tidak akan merasa apa-apa.

Dengan radiasi luaran daripada sebuah mesin, pesakit tidak akan menjadi radioaktif. Ia selamat untuk bersama dan menyentuh orang lain termasuk wanita dan kanak-kanak.

Pesakit yang dirawat dengan radiasi dalaman tidak digalakkan untuk menjumpai sesiapa pun supaya radioaktifnya tidak akan menjejaskan kesihatan orang lain. Apabila implan tersebut dikeluarkan, radio aktiviti dalam badan pesakit turut akan hilang.

Orang yang dirawat dengan radioterapi mungkin boleh menghidapi barah yang lain kemudiannya. Walau bagaimanapun, ini adalah kemungkinan yang amat rendah. Rawatan radioterapi akan mengubati pesakit atau mengawal barah dalam badan pesakit.

Masa depan adalah cerah dengan perkembangan dalam radioterapi


Radioterapi sudah digunakan untuk banyak tahun sekarang. Penyelidikan telah menemui cara yang lebih baik dan berkesan semasa memberikannya. Mesin-mesin yang menyinarkan radiasi lebih baik berbanding dengan beberapa tahun dahulu. Selain itu, perkembangan teknologi dan mesin yang lebih tepat sasaran radiasinya. Pakar Onkologi, juru terapi dan ahli fizik perubatan sekarang boleh memberi pesakit dos radioterapi yang lebih tepat dan juga lebih tepat memancarkan sinaran radiasi hanya kepada tumbuhan barah. Ia lebih senang sekarang untuk mengelakkan kecederaan sel biasa yang sihat. Sekarang, penyelidikan rawatan adalah pada paras molekul dan genetik supaya rawatan barah menjadi lebih tepat lagi.

Tuesday, August 12, 2008

Kawan Peneman.....

Wajah ceria yang sentiasa meneman dalam perjalanan

Monday, August 11, 2008

JAMUAN AMAL KEMERDEKAAN

HUBUNGI :
NADIA : 013-3560629
MUHSIEN: 013-6979273

MENDERMALAH....

Saturday, August 9, 2008

Doa Senjata Kami

DOA MOHON DIHILANGKAN RASA BERDEBAR-DEBAR

DOA APABILA MENGHADAPI PERKARA YANG SUKAR

SAYYIDUL ISTIGHFAR ( PENGHULU ISTIGHFAR)


DOA SEGALA PENAWAR

DOA SUPAYA SEGALA YANG SUSAH MENJADI MUDAH

amalkan

we need it.....

Friday, August 8, 2008

Nak Jumpa Kawan Lama....

khat Riq'ah
Tuesday, March 25, 2008

PENGENALAN KHAT RIQ'AH

Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan.

Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh. Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar.

Justeru, beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat Riq’ah dipelajari oleh murid-murid di sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian, seperti urusan surat-menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam akhbar.


Mohammad Firdaus Mahadi
©callidesign2008



ni kawan yg pandai wat khat, dan ni khat yg saya fail..... heee

Saturday, August 2, 2008

ISLAM.... SEJAHTERA DAN SELAMAT

Saya dah Semakin SIHAT !!!


Saya dah semakin sihat, Walaupun tak bebas kanser sepenuhnya. Saya dah boleh berjalan kaki jauh-jauh. Saya boleh pergi kerja... Doakan saya.


Saya nak berjuang
Saya nak pegang panji ALLAH
Saya nak jadi FrontLINE
Saya nak jadi Jiran RAsulullah saw di syurga
Setiap hari saya nak menatap wajah ALLAH




Saya mesti SIHAT,
Kaki saya ALLAH pinjamkan untuk berjalan ke jalanNYA..
Kaki saya juga boleh guna untuk sepak terajang orang yang ingkar...

Mata saya untuk melihat ALLAH..
Mata saya untuk cegah maksiat...

Tangan saya untuk memaut TALI ALLAH
Tangan saya untuk menulis dan menaip
Tangan saya boleh pukul orang jahat
Tangan saya untuk tunjuk JALAN mana boleh berjumpa ALLAH

Stamina saya mesti Utuh
Satamina saya untuk terus bekerja sampai saya berehat macam Arwah Ustaz Fadil Rehat... macam Pak Ismail dan Rasulullah saw rehat...
Saya tak nak rehat kat cni.... bagilah saya rehat kat cna...
Saya tak nak kena pukul kat sana...
Saya tak nak kene timah mendidih



ASIAH

ASIAH ISTERI FIRAUN

Kenapa Allah benarkan perkahwinan ni?
Seksanya Asiah.... itu pada mata kita...
Pada matanya... Dia reda...HANYA ALLAH TEMANnya...

"Aku wanita yang dicipta untuk mencintai seorang lelaki, bukan lelaki seperti engkau yang boleh mencintai sesiapa sahaja... " Kata Ezora ...

Bagus dialog ni....

Sewaktu menghadiri kuliah agama di surau..
Ustazah kata:"Akhir zaman ni, orang lebih suka berskandal dengan isteri atau suami orang, sebab selamat."

Aik? Macamana???

Memanglah selamat kalau perempuan tu mengandung tak payah bertanggungjawab!!!

Dalam soal perhubungan ni ade 2 bentuk seks...

1. Save Seks : Buat bile2 untuk enjoy seks.. tak kesah dah kawen atau belum.
2. Safe Seks : Hanya perkahwinan yang menghalalkan seks..

Allah kata jangan dekati ZINA....

Episod 1

"Eh, cikgu saya tak berzina laaa..." Jawab murid-murid bila ditegur.

"Memang awak tak berzina, tapi awak mendekati zina. " Jawabku

Episod 2

"Saya tak buat apa-apa.... saya dengan perempuan tu mesej jerk.." kata suami yang dah terkantoi main kayu tiga di luar rumah.

Isterinya terdiam, dan hanya mendiamkan diri.

"Awak tau tak dia tu isteri orang?" getus isteri dalam nada yang lembut.

Dalam dua episod ni mentaliti anak remaja dan datuk kepada cucu sama...
Titik persamaannya adalah pada ilmu dan tahap pengenalannya kepada Allah...

Kenapa tak ada peningkatan?
Sebab Ilmu Allah tidak menjadi Fokus hidup!!!!

YA ALLAH, selamatkan hidup kami, Jauhkan kami dari kami dan keluarga kami serta kawan-kawan kami dari hidup curang dan berhutang.Andai ada yang curang Kau tunjukanlah. Kembalikan mereka kepadaMu.... Ameen

Hanya di Mercu...




Mimpi dan harapan
Bagai duri yang mencengkam
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu


Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu......

-Ayu OIM-

No Secret Recipes......


Saturday, July 26, 2008

Nuqaba Perlu Belajar Dari Sifu "Kungfu Panda"

"Yesterday is history. Tomorrow is mystery. Today is a gift." Cukup dengan pesanan Master Shifu kepada si Panda Po ini merubah hidupnya dari seorang yang biasa (anak penjual mi) kepada luarbiasa (mahaguru kungfu tumpaskan Tai Long).

Ada beberapa mesej menarik saya rumuskan dari filem 3D Kungfu Panda :

1. The secret to be special is you have to believe that you special
Po hampir putus asa kerana tidak mampu memecahkan rahsia Kitab Naga, yang hanya berupa lembaran kosong. Pesanan dari ayahnya-lah yang akhirnya membuatkannya kembali bersemangat dan memandang positif dirinya sendiri. Kalau kita berfikir diri kita adalah "special", unik, berharga pastinya kita pun akan punyai "burning desire" untuk melakukan hal-hal yang luarbiasa.

2. You just need to believe
Kita akan jadi biasa, kalau kita berfikir kita biasa. Seperti kata Master Oogway, “You just need to believe

3. Kita tidak akan mampu mengembangkan potensi orang lain, sebelum kita percaya dengan kemampuan orang itu, dan kemampuan diri kita sendiri

Master ShiFu tidak yakin untuk melatih Po. Ia memandang Po tidak berbakat. Kalaupun Po mampu sekalipun, mana mungkin ia mampu melatih Po dalam waktu sekejap. Namun, akhirnya "false perception" dan "judgement" kepada "mad'u" (Po) ini bertukar 180 darjah apabila Master Oogway menegaskan bahawa Po adalah benar-benar Pendekar Naga yang "dianugerahkan" Tuhan secara bukan kebetulan (accidental).

Justeru, sebagai guru atau nuqaba, hal yang paling harus dihindari adalah memberi label bahawa mad'u ini tidak punya peluang untuk berubah. Sangatlah mudah bagi kita untuk menganggap orang lain tidak punya masa depan. Kesulitan juga acap kali membuat kita kehilangan kepercaya an diri, bahwa kita sebenarnya masih mampu untuk membimbing mereka dari manusia "bermasalah" kepada manusia "luar biasa" yang melakar sejarah.

Kung Fu Master Shifu , who has already trained the legendary Furious Five, is now charged with transforming an out-of-shape giant panda named Po into a fighting machine.

4. Kenalpasti "suis" mad'u (selera dan minatnya)
Shi Fu akhirnya mendapati bahwa Po boleh termotivasi dan mampu mengeluarkan semua kemampuannya, bila dikaitkan dengan makanan. Po sememangnya tidak mampu menjalani latihan seperti 5 murid jagoannya yang lain. Justeru setiap mad'u ada "suis" yang tersendiri, ada keunikan pendekatan yang perlu diberikan. Mana mungkin kesemua mad'u yang pelbagai potensi melalui pendekatan tarbiyah nuqaba yang "memukulrata" potensi-potensi mereka.

Hanya "burning desire" untuk mendapatkan kuih itu sudah cukup
merubah Panda melalui "tarbiyah" secara short-cut lalu menjadi
mahaguru luarbiasa

Setiap mad'u kita mempunyai keunikan yang tersendiri.
Janganlah "pukulrata" sahaja tarbiyah kita kepada mereka.


5. Jangan "melepas pandang" pada sisi jahat (akhlak buruk) pada mad'u. Ia mesti dibaiki dan dirawat.

Master ShiFu sangat menyayangi Tai Lung, murid pertamanya, yang dia asuh sejak bayi. Dia membentuk Tai Lung sedemikian rupa agar sesuai dengan harapannya. Dia memberikan impian bahwa Tai Lung akan menjadi Pendekar Naga yang mewarisi ilmu tertinggi. Sayangnya Shi Fu tidak melihat sisi jahat dari Tai Lung dan harus membayar harga yang mahal termasuk nyawanya akibat dari Tai Lung yang sudah menyalahgunakan ilmu yang diberikan Shifu.

6. Cermin diri rahsia menjadi luarbiasa

Pada saat Gulungan Naga (ilmu tertinggi dalam Dragon Warrior) diambil dan diberikan kepada Po, ternyata dalam gulungan itu tidak tertulis sebarang ilmu atau kata-kata hikmah sedikitpun. Hanya kosong dan merupakan lembaran kosong yang bersinar ibarat cermin yang boleh merefleksikan wajah kita sendiri. Semua terkejut termasuk sifu yang tidak menyangka Scroll yang diwar-warkan mempunyai rahsia tertinggi itu rupanya tidak tertulis apa-apa. Yang ada hanya "cermin"...

Akhir kata, sudahkah Anda nonton Kung Fu Panda…..

dipetik dari : http://rijal82.blogspot.com/


Menarik... ulasannya...Baru tengok Jumaat lepas kat Umah Lin....
Thanks yaaa....
Memang suka tengok cartoon.... kurang dosa tak tengok aurat orang...