Saya menekuni buku ini semasa peperiksaan di tahun dua, setiap kali selesai menduduki peperiksaan saya bergegas ke perpustakaan untuk meneruskan pembacaan. Sejak tahun satu saya sering beruzlah di perpustakaan UM. Ini cover yang lama, semasa saya membacanya di perpustaakan UM dulu inilah rupanya. Ada cover baru la ni....
Apa yang menarik???
1. Bentuk penceritaan dalam surat. 2. Penonjolanan kekuatan azam wanita Melayu terdahulu 3. Sikap optimis wanita Melayu
Kejap.... Kak Wani nak pi Ngaja ika nak ikut?.....
Nak... Malam tu tidur di rumah anak murid kak wani, dalam masa yang sama kami menjaga anak murid kak wani.... kami tidur di bilik abangnya...
banyak lagi adegan saya menggangu mereka...
AZ rumah yang pernah dirakam oleh seorang penulis yang semakin aktif berkarya dan semakin dikenali..
AZ ...Anjung Zahra,,, tempat saya bermanja.. mungkin kerana saya tak pernah ada kakak... dan merekalah kakak saya..sejak saya tahun satu,, saya selalu berjumpa kakak-kakak ini ....
Anjung Zahra Bukan sekadar anjung Anjung ilmu Menumbuh inspirasi Membenih Aspirasi Merobah Masa
Anjung Zahra Anjung Kasih Anjung Iman Anjung Taqwa
Sebenarnya raya tahun ni... langkah saya lebih panjang dari tahun lepas... semangat dan pengusaan minda serta keizinan Allah memungkinkan segalanya....Ops terlupa kepada semua SELAMAT HARI RAYA dan Maaf Zahir dan Batin
Perkataan ini sangat mudah, namun bagi saya ia sukar untuk dipraktiskan. Pesan Hassan Al-Banna “ Serendah-rendah ukhuwwah tu baik sangka, setinggi-tinggi ukhuwaah tu ithar” bagi saya nak mencapai baik sangat memang susah rupanya. Semasa di kampus segalanya indah, namun setelah masing-masing membawa haluan haru biru jadinya. Ilmu itu bukan sekadar ucapan dan perdebatan dalam majlis-majlis itu, kalau ilmu seumpama itu ia tak berbeza dengan maklumat.
Tertarik dengan komen kawan-kawan dalam blog masing-masing bercerita tentang manisnya ukhuwwah dan indahnya sangka baik.
Kes 1
Saya pernah tersepit ketika kawan-kawan berselisih faham lantaran salah tafsir tentang tindakan kawan seorang yang tak mahu memberitahu berita gembira kepada kawan-kawan lain. Rentetan peristiwa itu ada beberapa kawan lain yang bermasam muka dengan kawan seorang ni, saya pada ketika itu sangat empati kepadanya. Terfikir kalau saya berada di tempat beliau, saya juga akan merahsiakan perkara tersebut. Setahun berlalu, seorang kawan yang menyimpan berita gembira menyampaikan kepada saya tentang kegusarannya, kalaulah beliau tidak memberitahu rakan-rakan lain berita itu apa yang terjadi adakah pisang berbuah dua kali?
Cukuplah peritiwa setahun lalu itu, mudah-mudahan ia mengajar kami erti kematangan. Mungkin sudah biasa dengan didikan ibu, saya memberi nasihat kepada belaiu supaya beliau memberitahu kawan-kawan lain apabila beliau bersedia nanti.
Kes 2
Semasa kawan-kawan dari Selangor bertandang ke rumah, saya berkesempatan mengikuti mereka ke walimah al-urus. Kenangan manis yang nanti saya upload ke blog, kerana pengantin adalah inspirasi saya semasa di kampus dulu. Kisahnya begini, kami bersiap lambat pagi itu, dari rumah seorang kawan. Hal ini kerana, kami menggunakan kesempatan bermalam di rumah rakan untuk bersembang sambil mengatur beberapa strategi bagi memastikan kelestarian ukhuwwah menyumbang kepada keutuhan ummah.
Perbincangan kami berlarutan hingga dinihari. Jadi selepas Subuh ada yang mengambil kesempatan untuk mengqada` tidur. Ada juga yang terus ke dapur memasak dan saya mengambil kesempatan mengutip ilmu dari ibu kawan saya yang sarat dengan petua sambil memotong sayur.
Lantaran kelewatan kami pagi tadi kami sempat singgah sekejap di rumah kawan kami di kawasan berdekatan. Kemudian destinasi utama kami tuju menggunakan jalan dalam. Sampai sahaja di rumah pengantin kami terus bersalam dengan pengantin ibunya dan kawan-kawan yang kami kenali dan tanpa segan silu meminta pengantin naik pelamin untuk bergambar, seusai bergambar saya dan kawan yang ingin pualng ke JB terus makan, semasa mengambil makanan saya ditegur Naqib yang sangat saya hormati. Selesai makan kami terus ke masjid kerana saya sudah berjanji dengan senior yang akan pulang ke JB untuk menumpangnya. Mereka menyambut kami dengan muka manis. Sungguhpun mereka menunggu kami terlalu lama di masjid tersebut. Sebelum pulang kami sempat bergambar kenangan.
Sebenarnya ada kes ketiga tetapi biarlah saya simpan dan terus bersangka baik.....
Sangka baik ini melibatkan proses kita membuat tanggapan. Bagaimana pula tentang bersangka baik kepada Allah. Kenapa kita perlu bersangka baik? Sebab Allah memang sangat baik, ( saya suka perkataan simple macam ni) konsep af`al Allah dan af`al Ibad yang paling senang nak faham kita usaha Allah tentukan hasil, semasa kita berjalan kita jangan kita cakap takutlah tak sampai, nanti tuan rumah mesti marah dan macam-macam kerisauan yang terkadang berasas dan terkadang langsung tak berasas. So jom sangka baik dengan Allah dan makhluk ciptaannya.
Kisah ni berlaku pada saya, cerita tentang iman yang selalu naik dan sering kali turun. Semangat dan motivasi yang kadang kali menjadi obor buat teman dan keluarga kadang kala malap yang pudar.
Ramadhan ini genap setahun saya menanggung hodgkin lymphoma yang pada awal dulu saya rahsiakan dari kebanyakan teman. Dalam bahasa mudah untuk difahami Kanser Kelenjar tahap dua.
Pertama kali, diberitahu doktor saya agak terkejut, namun mak saya yang sering meneman ketika berjumpa doktor tenang, kerana beliau sudah maklum sebulan lebih awal. ( Ada pakar yang memberitahunya supaya beliau bersedia menerima khabar ini) Episod hidup saya berubah apabila saya dipindahkan dari klinik pembedahan ke klinik hematologi. Dr Ong, pakar hematologi ketika itu memaklumkan 2 berita satu berita gembira, ramai penghidap hogkin lymphoma baik setelah rawatan kimo dan berita buruk saya menghidap kanser.
Sejurus mendapat tahu, kami setuju meneruskan rawatan kimo. Kimo pertama penglaman yang tak boleh dilupakan. Kenangan paling manis abah mengusap kepala memberi semangat meneruskan perjuangan selepas ini. Sebulan saya ponteng rawatan. Degil tak bertempat. Hasil pengalaman melawan taghut di kampus saya gunakan sebaik mungkin untuk melawan kanser yang mengganas dalam darah daging.
Kini menjelang setahun, saya termangu di persimpangan putus asa. Saya bertekad untuk tidak melalui jangan ini, apa nak buat dah lalui sini perlulah cari jalan keluar. Semasa butang pause ditekan..... saya tersentak, orang yang membantu merawat saya bercerita 10 tahun die berusaha menemui anaknya, dah 10 tahun berlalu tetapi mereka ke sana ke sini berjalan serata tempat mencari ubat.... Peristiwa itu membuka pinta hati saya untuk melihat Allah yang Maha Kaya, Maha Pengasih dan Maha Mendengar. Allah seperti apa yang kamu sangkakan.... I BEAT CANCER
Manikam Kalbu digarap dengan teliti dalam kelembutan bahasa yang dilingkari ketegasan syarak. Keindahan bahasanya membuatkan saya teruja tambah ketegasan syarak. Kesungguhan mencabar kepalsuan terselah. Antara yang menarik perhatian;
Ketegasan Sultan Muhammad Syah
Dalam beberapa plot Sulatan Muhammad Syah digambarkan sebagai Sulatan yang bertanggungjawab dan dedikasinya tak tergugat dek tangis isteri dan puteri baginda. Wawasan jelas jauh ingin lihat anak melayu Islam menutup aurat.
Hak sama rata hamba dan orang merdeka
Manikam Kalbu dibenar masuk bertanding untuk rekaan busana Melayu dan dipilih sebagai pemenang lantas penonjolannya dalamn rekaan yang ringkas dan sangat menepati syariat.
Penonjolan Ulama` Islam sebagai rujukan utama
Sultan Muhammad Syah tatkala terfikir untuk mengadakan pertandingan, baginda terus merujuk ulama` Melaka. Manikam Kalbu pula, belajar ilmu aurat dulu baru mendalami ilmu busana.
Asas-asas ini memperlihatkan jatidiri Melayu adalah Islam. Apabila Melayu dipisahkan dari Islam maka hilanglah sendi kehidupan bersyariat. Bagi saya anak melayu seharusnya menekuni novel seumpama ini supaya boleh mengenal siapa dirinya. Agar ada jatidiri utuh agar esok Melayu terus menjadi umat Islam yang mendokong syariat.