Thursday, January 22, 2009

Palestin itu jauh dari kita


Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan


Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah


from: http://muharikah.wordpress.com/


Masa.....

Memang dunia dah nak kiamat... masa semakin pantas... tanggungjawab mmg lebih banyak dari masa,,,, keberkatan masa sangat sesaat kita lalai,,,, macam-macam boleh berlaku... banyak dugaan dan cabaran yang akan kita tempuhi .....

Masa.. oh masa....
Masa oh ... masa.....
Kadang terasa kau menungguku...
Selalunya kau tinggal kan aku ....

Fajar sadiq menjelang...
Subuh menjelma
Dhuha bercaya
Zohor menyinar
Asar menyinsing
Maghrib bertandang
Isyak bertamu...

Usai siang
Malam berjengah..

Namun...
Aku ???

Allah Tuhanku.......
Allah Kekasihku....
Pimpin aku dalam masa-masa ini
Dakap aku...
Damaikan hatiku
Buangkan resahku
Hancurkan gelisahku...

Sampai nanti bila saat aku menatap wajahMU,,,

Wednesday, January 21, 2009

Ya Allah Mudahkan urusan-urusanku... berikan yang terbaik...

YA LATIFAN BIKHALQIHI
YA ALIMAN BIKHALQIHI
YA KHABIRAN BIKHALQIHI
ULTUF BINA
YA LATIF
YA ALIM
YA KHABIR

Ya Allah mudahkan urusan kami,,,,, seronok 15 Januari lalu aku ke PICC first sampai ..... jakun jugak....isyk...isyk..isyk... Jumpa Kak Jid ngan Abg Zin, jupe adek falak..Zura,,,hebat betul....die dapat Anugerah Maria Puteh masa konvo last year....

Ade 2-3 orang yang aku tak sempat tegur.....

Jumpa kawan-kawan akan buat kita bertambah iman....
Ingatkan betapa besar nikmat ukhuwwah....
Nasihat teguran dan bimbingan itu yang subur dalam diri dan hati setiap kali bersua wajah...

Kini, aku bertemu kawan-kawan baru....
Mudah-mudahan bersama mereka aku jalinkan ukhuwwah... sama berukhuwwah untuk meningkatkan iman dan taqwa...

Minggu ni batuk....
so dapat petua,,,, kalau batuk-batuk ayam( batuk cikit-cikit tu ) amek telur kuning 2 biji campur dengan limau nipis sebiji,,,, telan rasanya sedap... cuba tiga malam berturut-turut.

Kalau deman, campur limau nipis dengan air kelapa muda, minum insyallah baik.....

nenek moyang kita dah wariskan banyak ilmu kita kene rajin menurut... nampak nenek-atuk dalam LRT pun sapa tanya apa-apa petua ,,,, supaya ilmu ni tak hilang....

Saturday, January 10, 2009

DOA

Bila lagi nak boikot......



Semasa perbincangan antara maghrib dan isyak kat Aspuri dulu, (masa sekolah menengah) aku ajak kawan-kawan BOIKOT BARANG ISRAEL. Aku pun bagi tau setakat yang ada dalam pengetahuan. Tetiba ada yang mencelah,

"Tapi, kita dah biasa dengan jenama-jenama tu, kalau tukar syampu lain tak best.. la"

Aku pun terdiam, getusku dalam hati, "Kalau kita nak rambut kita lurus, dalam masa yang sama kita biarkan adik dan ibu kita di PALESTIN mati.... kejamnya."

So fikirlah, betul ke kita beriman, dah ke kita sayang PALESTIN macam sayang kat diri sendiri???

Monday, January 5, 2009

Adikku belajar dalam bilik darjah mewah

Seperti biasa abah dan mak ambil aku dari sekolah, pergi sekolah pagi.... tadi... Tapi hari ni, aku bekeras nak pandu kereta pulang....

Mak bagi tau, adik bongsuku belajar dalam kelas yang ada air-cond....

Waaa..... baru darjah dua dah menikmati fasiliti mewah, kisah di sebalik tabirnya.... ada murid pagi yang sensitif dengan habuk... so ibu bapanya sediakan air-cond dan gantikan simen dengan tile....
masuk kelas pun tak pakai kasut...

Apa yang menariknya.... kalau murid tadi tu anak orang miskin tentu die tak sensitif pada habuk.... atau kalau sensitif pun dia takkan dapat air-cond....

Hal ni sama dengan dua murid yang pernah aku jumpa kedua-duanya anak orang susah, seorang menghidap penyakit buah pinggang dan hampir setiap minggu buat dialisis dan seorang barah tulang,,, menjalani kimoterapi saban bulan.... Lantaran kemiskinan, salah seorang tu pakai mask ke sekolah dan seorang lagi selamba je....

Hari ini, ramai ibu bapa yang tak nak anak mereka ke sekolah asrama, takut persekitaran kotor dan anak terbeban menguruskan diri sendiri. Sindrom terlalu sayangkan anak tak salah tapi bukankah anak itu anugerah Allah, didiklah dengan acuan Allah.... Kalau kita soroti perjalanan hidup kita, paradigma ayah mak kita memang menjadi ikutan.... Namun kita juga boleh berubah menjadi diri kita apabila kita menekuni persekitaran....

Teringat pesanan seorang murabbiyyah ketika di tingkatan dua;

"Anak saya, bukan saya yang jaga tapi Allah yang asuh dan jaga dia..."

Tapi tak bermakna kita biarkan anak kita balik dan pergi ke sekolah mencari haluan sendiri, namun berikan anak kepercayaan supaya dirinya berkembang menjadi insan cemerlang. Anak yang selalu mendapat kecaman akan melihat dunianya sempit, anak yang sering mendapat pujian melihat dunianya indah tanpa batasan.

Percayakan Anakmu...




Saturday, January 3, 2009

5 Jan masuk Sekolah


Tahniah untuk kengkawan yang baru nak posting.....

Tertarik dengan SMS seorang kawan.....

Moga cemerlang untuk ISLAM.... so jadilah cikgu paling cemerlang

Tahun ni, ngajar petang.... Ajar budak-budak yang baru dapat keputusan UPSR.... apa pun memang agak menguji..... rutin harian berubah.